Thursday, September 26, 2013

2 Tawaran Istimewa...

1- Beli 7 kilogram Madu Sidir Gred 1 anda akan dapat percuma 3 barang :-
     
    " Minyak Habbatussauda, Propolis Drops dan Sabun Madu"

2- Niqobis yang beli madu dari saya akan dihadiahkan sehelai niqob Yaman

Friday, September 20, 2013

21/9/2013 : Rahsia Propolis Drops

Apakah Propolis?

Propolis atau Damar Lebah adalah suatu zat yang dihasilkan oleh lebah. Dikumpulkan oleh lebah dari pucuk daun-daun yang muda dan kemudian dicampur dengan enzim dalam tubuhnya, digunakan untuk menampal dan mensterilkan sarang. Propolis bersifat anti bakteria untuk yang membunuh semua kuman yang masuk ke sarang lebah. Lebah meliputi sarangnya dengan propolis untuk melindungi semua yang ada didalam sarang tersebut dari serangan kuman, virus, atau bakteria. Sifat anti-bakteria semulajadi yang terkandung dalam propolis sangat ampuh dalam membunuh kuman, terbukti dengan penemuan seekor tikus dalam sarang lebah yang telah mati selama 5 tahun dalam keadaan tidak membusuk.

Propolis mengandungi antibiotik semulajadi tanpa toksid. (Natural Antibiotic). Sangat berkesan untuk melawan semua jenis mikrob termasuk bakteria, virus dan kulat. Terbentuk daripada Damar tumbuhan dan campuran minyak essential, Pollen dan rangkaian mineral, asid amino dan bioflavonoids.

Setitis propolis menyamai khasiat 500 biji oren dari segi kandungan flavonoids (Vitamin P). Melawan banyak penyakit dengan mengurangkan kesakitan. Mengawal keseluruhan fungsi badan termasuklah penyerapan zat makanan. Menambah sistem kekebalan terhadap penyakit, selaku antibiotik dengan tiada kesan sampingan serta mengurangkan kepanasan.



"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan bagimu dengan merendahkan diri. Dari perut lebah itu keluar cecair yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)

Lebah akan mengumpulkan komponen dari tumbuhan botanical lalu dicampurkan dengan enzim dari dalam badan lebah untuk membentuk propolis dan sarangnya sebelum menghasilkan komponen lain. Tujuannya ialah untuk memastikan sarangnya tidak dapat dimasuki oleh virus atau bakteria dari persekitaran luar.

Ramai telah mengetahui khasiat madu lebah, royal jelly dan bee pollen yang dihasilkan dari lebah, tetapi ramai yang tidak mengetahui akan kehebatan Propolis atau Damar Lebah yang dikatakan mempunyai keupayaan penyembuhan yang hebat dari madu lebah, bee pollen dan royal jelly kerana terdapat enzim padanya.

* Maka dengan itu, Propolis Active telah diproses secara saintifik dan dibuat menurut piawaian tertinggi untuk dijadikan sebagai satu produk pemakanan kesihatan (Propolis ) yang kaya dengan vitamin, asid amino, organik, mineral dan bioflavonoid yang dipercayai sebagai bahan penyembuh yang paling aktif.
* Propolis mengandungi: 55% resin (hasil kutipan lebah), 30% lilin lebah, 10% minyak aromatik dan 5% debunga.

KAJIAN PAKAR-PAKAR SAINTIS

* Pada tahun 1985 - Kajian di Jepun menyatakan bahawa Propolis telah dapat menyelamatkan berjuta-juta manusia dari pelbagai jenis penyakit di seluruh dunia.
* Sekumpulan 20,000 ekor lebah hanya dapat menghasilkan cuma 20 gm propolis setiap tahun dan tiada alternatif lain yang dapat menandinginya.
* Kajian pada tahun 1968 (Dr. Remy Chauvin) mendapati bahawa segala jenis komponen kutipan lebah digaul dengan enzim, membentuk sarang untuk menyimpan madu, bee pollen dan royal jelly. Propolis dianggap sebagai pelindung amat penting kepada madu lebah, bee pollen dan royal jelly kerana ia (propolis) mempunyai kuasa 100% pembunuhan terhadap bakteria, propolis adalah antibiotik semulajadi yang terbaik berbanding antibiotik yang dicipta oleh manusia.
* Pada tahun 1993 di perhimpunan sedunia, mendapati bahawa Propolis amat selamat dan tiada kesan penggunaan negatif, antibiotik semulajadi, anti anthrax, anti kanser, anti fungus, anti bakteria dan ini telah diiktiraf oleh pakar-pakar kesihatan dan pemakanan sedunia - World Health Organisation (WHO).
* PROPOLIS membantu merawat, menggantikan sel yang telah rosak di dalam struktur badan untuk meningkatkan sistem imunisasi supaya dapat mencapai kesihatan yang optima selain mencegah daripada pelbagai penyakit.





Pesanan Dan Harapan

Bagi pengguna yang beragama Islam, ke atas kami mengimbau, ke bawah kami mengingatkan. Penyakit datang dengan izin Allah, penyembuhan juga datang dengan izin Nya. Kebetulan-nya, penawar dari lebah ini adalah penawar yang telah di janjikan penyembuhan penyakit, (Ah-Nahl: ayat 69). Semestinya, Allah tidak akan memungkiri janji.

Lantas, setiap kali sebelum meminum penawar ini, hendaklah di sertai dengan kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada Allah di sertakan bacaan “Bismillah” dan “ Selawat keatas Nabi-3 kali”. serta berdoa agar “penyakit yang dihidapi…..” di sembuhkan-Nya.

Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya. Insya’Allah.

Namun begitu, perubatan sains moden tidak boleh disisihkan. Sumbangan perubatan moden dalam dunia perubatan amat besar dan kita amat berterima kasih. Tidaklah menjadi pertentangan, menggabungkan perubatan ilmiah dan illahiah sewaktu berubat.


KUASA PENYEMBUHAN AJAIB ANUGERAH DARI ALLAH SWT
KOMBINASI SAINS DAN ALAM SEMULAJADI
RAMAI TELAH TERBUKTI BERJAYA, INSYAALLAH.

21/9/2013 : 7 kg Madu Sidir Gred 1 terbang ke Johor Bharu

Makluman terkini...

pada hari ini bertarikh 21/9/2013 akan terbang 7 kg Madu Sidir Yaman Gred 1 ke Johor Bharu...

dengan izin Allah...

Monday, September 9, 2013

Perihal Madu Asli

Ujian yang dicadangkan, 

1. Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu. 

2. Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan cirri-ciri tertentu. Madu asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.

 3. Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.

 4. Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segar yang telah dibiarkan > 1 minggu). 

5. Menggunakan api: ½ sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%). Petua umum yang digunakan namun masih boleh dipertikaikan secara saintifik... Ujian yang dipertikaikan secara saintifik, Semut: Ini kerana madu asli/lebah (dihasilkan oleh lebah) turut dihurungi semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa ‘polisacharide’). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu. Peti Sejuk: Madu asli yang mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%. Maka, madu asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. 

Namun, terdapat juga madu asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu. 

Pembentukan mendakan kristal: Madu asli juga mengalami pengkristalan/mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ’supersaturated’ secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapatnya pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu. Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Si penipu ini akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman! Sudu besi: tiada kajian ilmiah di dalam memberi penjelasan larangan penggunaan sudu yang diperbuat dari besi. Seandainya, terdapat tindakbalas yang kritikal pastinya akan terus mengubah warna sudu tersebut apatah lagi ada pendapat mengatakan ianya dari hadis dan sebagainya. Mungkin kurangnya penelitian dan penyelidikan dari sudut teknologi dan agama menyebabkan ramai pengguna hanya menerima sahaja pandangan dari penjual madu yang kurang maklumat. Begitu juga banyak hadis-hadis palsu yang bertebaran mengenai khasiat madu walaupun tidak kurang banyaknya dengan yang sahih. Di negara maju, analisa yang dibuat menunjukkan penggunaan kaedah penyimpanan yang paling selamat bagi madu adalah dengan menggunakan kaca dan 'stainless steel'. Madu yang diletakkan di piring putih bersama air kemudian air digerakkan dengan arah pusingan, maka akan terhasil seolah-olah sarang lebah: wallahu'aklam, menurut pemerhatian kami bentuk yang kelihatan bersegi seperti sarang lebah tersebut adalah disebabkan pengaruh kelikatan/kepekatan madu yang terkena pusingan air lalu menjadikannya bersegi seperti hexagon dan pentagon. Ini kerana jika madu tersebut digantikan dengan cecair yang pekatnya sama seperti madu contohnya dalam percubaan kami shampoo ianya juga menunjukkan keadaan bersegi yang sama. Maka, kami menasihati pengguna dan peminat madu supaya berhati-hati terhadap madu yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU rupanya RACUN yang sangat berbahaya.

 Jelasnya, kami sangat berhati-hati dalam memperkatakan tentang madu asli sehingga perlu dihuraikan secara ilmiah agar dapat berkongsi pemahaman dan kesedaran bersama anda semua disamping bersyukur akan nikmat Allah yang tiada tolok bandingnya lagi. Buatlah setitik madu sekiranya anda mampu! MADU ASLI VS MADU PALSU Madu asli atau madu palsu, bagaimana cara membezakannya? Berdasarkan kajian termasuk di Malaysia, Indonesia dan USA menunjukkan bahawa hampir 80% madu yang beredar dipasaran adalah madu palsu. Jadi bagaimanakah cara sebagai orang awam, kita dapat mengetahui madu itu Asli? Madu asli sebenarnya sangat mudah diketahui dengan melihat dari sifat dan karakteristik fiziknya yang khas. Sayangnya, dapat juga si penipu madu palsu untuk meniru sebagian dari sifat atau karakter fizik madu asli. Sehingga bagi kebanyakan orang sangat susah untuk mengetahui keaslian madu dengan melihat aspek fizikal atau luaran madu tersebut. Walaubagaimanapun, MADU ASLI mempunyai beberapa karakteristik fizik yang tidak dapat dipalsukan: Pesongan Optik: Madu asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi. Higroskopik: madu asli bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembaban udara tinggi (high humidity) maka madu akan bertambah cair. Madu asli jika dituangkan ke dalam air suam tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh. Sifat-sifat madu yang umumnya dipalsukan adalah: sifat madu yang dapat membuat telur masak,tidak beku, tidak menyerap kertas atau jika digoncang mengeluarkan gas. Kandungan madu yang juga tidak dapat dipalsukan adalah adanya kandungan Enzim Diatase. Kandungan diatase inilah salah satu cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak. Karena enzim ini hanya dapat dihasilkan dari kelenjar ludah atau air liur lebah. Namun hanya ujian di makmal sahaja yang dapat mengenalpasti sifat tersebut. 

JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!!! Pastikan produk madu di pasaran yang anda beli melalui ujian ketulenan dari institusi yang diikitiraf. Jadual di bawah adalah piawaian antarabangsa bagi Analisis Madu asli. International Honey Commission Type of Analysis Unit Index Glucose Oxidase Activity/ Aktiviti Enzim Diatase All pure natural honey show positive activity Hidroxy Methyl Furfural (HMF) Pure natural honey comb will contain less than 10mg/kg HMF Mg/kg Maks. 80 (for honey from tropical countries) Water Content/Kadar air % <20 data-blogger-escaped-1.00="" data-blogger-escaped-5="" data-blogger-escaped-60="" data-blogger-escaped-a="" data-blogger-escaped-b="" data-blogger-escaped-c="" data-blogger-escaped-f="" data-blogger-escaped-for="" data-blogger-escaped-fructose="" data-blogger-escaped-glucose="" data-blogger-escaped-honey="" data-blogger-escaped-is="" data-blogger-escaped-maks.="" data-blogger-escaped-maltose="" data-blogger-escaped-min.="" data-blogger-escaped-more="" data-blogger-escaped-pure="" data-blogger-escaped-ratio="" data-blogger-escaped-reducing="" data-blogger-escaped-sucrose="" data-blogger-escaped-sugar="" data-blogger-escaped-than="" data-blogger-escaped-total="" data-blogger-escaped-tropika="">

Saturday, September 7, 2013

Madu Khalthah dan Khasiatnya

Madu Khalthah ialah Madu yang diadun khas untuk para suami isteri especially pasangan pengantin yang baru mendirikan rumahtangga...

antara campuran madu ini ialah madu sidir, sumur, maraie dan lain-lain termasuk habbatussauda badam dan banyak lagi bahan makanan semula jadi yang menyebabkan terhasilnya khasiat-khasiat yg akan dinyatakan di bawah...

Madu Khalthah ada 2 jenis iaitu jenis lelaki dan perempuan...khasiat untuk lelaki ialah untuk menambah kekuatan tenaga batin (mudah dapat zuriat)...menambah sperma...madu ini amat sesuai buat suami yang lemah syahwat...

Manakala Khasiat khalthah untuuk wanita pula ialah : 

Menambah kekuatan batin bagi wanita yg lemah
Menambah telur (ovum)..bagi perempuan
Tambah kesuburan wanita
Membantu menstabilkan kitaran haidh

Menguatkan jantung. ..menguatkan hati..
Menambah hemoglobin dalam darah
Nanti nak order bgtau yer
Satu lagi...khasiat khalthah wanita ialah boleh menambah air susu dada...ini penting utk ibu yg nak menyusukn anak