Wednesday, November 26, 2014

Update 27/11/2014

Alhamdulillah..

segala puji hanya untuk Allah..

10 Kilogram Madu Sidir Dau'ani Gred 1 di pos secara konsisten ke Skudai Johor kepada Tauke Besar Madu Yaman di sana..

Wednesday, October 29, 2014

30 Kilogram Madu Sidir

Update 30/10/2014

InsyaAllah minggu depan akan sampai stok terbaru 30 Kilogram Madu Sidir Dau'ani Gred 1 daripada Yaman..

kepada yang berminat boleh terus call/mesej/whatsapp saya +60139609387 (zaidi)..ni nombor baru saya dan sekarang saya berada di Malaysia

Monday, August 11, 2014

Update Harga untuk Sidir Malaki

Sidir Uthaimi Malaki Gred 1 - Harga Jualan RM650 (sekilo)...Harga Borong RM370

Sidir Dau'ani Malaki Gred 1 - Harga Jualan RM600 (sekilo)...Harga Borong RM350


Sunday, July 13, 2014

Kalam Allah tentang Madu

Firman Allah yang perlu difahami sebelum makan dan jual Madu :-)

(Surah An-NAhl: 69). Tafsirnya: “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”

Saturday, June 14, 2014

Produk Terbaru dari Yaman

Produk-produk terkini dari Yaman...Madu Sidir Dau'ani, Uthaimi, Madu Habbatusaauda', Madu Putih, Madu Gemuk, Madu Zuriat, Madu Salam, Kapsul Habbatussauda', Krim Habbatussaud', Sabun Habbatussauda', Sabun Madu, Sabun Zaitun dan banyak lagi...tempahan secara borong dibuka...

www.produkyaman.blogspot.com

Sunday, June 1, 2014

Santai Gambar


Inilah Lembah Dau'an iaitu tempat terhasilnya Madu Sidir Dau'ani yang saya sedang jual sekarang.. :-)

Friday, April 4, 2014

Promosi 5/4/2014

Setiap pembelian Madu 7 kilogram saya akan bagi percuma sebotol Air Liur Lebah dan Minyak habbatussauda’….InsyaAllah

Tuesday, March 11, 2014

Madu dan Bayi

Madu tidak digalakkan diberikan kepada bayi setahun ke bawah. Hal ini kerana madu mempunyai sedikit bacteria bernama Clostridium. 

Di usia tersebut bayi masih tidak mampu mengendali bakteria tersebut dan ia boleh membiak menjadi banyak. Bacteria ini m
engeluarkan toxin yg boleh menyebabkan bayi mengalami muntah-muntah, sakit perut, sembelit dan kurang selera minum susu.

Sebaiknya dalam tempoh usia setahun, bayi digalakkan hanya meminum susu ibu sahaja. Makanan-makanan berproses juga tidak digalakkan diberikan kerana ditakuti makanan mengandungi pencemaran. Ingatlah sistem antibodi bayi sangat lemah dan mudah untuk diserang sebarang penyakit.

Apabila usianya mula mencecah setahun ke atas, kita bolehlah memperkenalkan beberapa makanan lain seperti buahan, sayuran lembut dan lain-lain termasuklah madu.


 sebaik-baik makanan untuk bayi adalah susu ibu..tiada yang lebih hebat daripada itu. Sesungguhnya produk Allah jua yg terbaik! Dari segi komposisi karbohidrat, protein, lemak dan lain-lain nutrien dalam susu ibu, ianya sangat bertepatan dengan keperluan seorang bayi samada untuk tumbesaran tubuh dan perkembangan minda.

- respon daripada seorang sahabat saya...dia merupakan doktor pakar bahagian makanan di HUSM Kubang Kerian

Sunday, February 16, 2014

Perkataan Madu di Dalam Al-Quran

Allah SWT berfirman : " Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa ialah , ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan bau) dan beberapa suangai daripada susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai MADU yang suci bersih....hingga akhir ayat

surah Muhammad ayat 15