Tuesday, March 11, 2014

Madu dan Bayi

Madu tidak digalakkan diberikan kepada bayi setahun ke bawah. Hal ini kerana madu mempunyai sedikit bacteria bernama Clostridium. 

Di usia tersebut bayi masih tidak mampu mengendali bakteria tersebut dan ia boleh membiak menjadi banyak. Bacteria ini m
engeluarkan toxin yg boleh menyebabkan bayi mengalami muntah-muntah, sakit perut, sembelit dan kurang selera minum susu.

Sebaiknya dalam tempoh usia setahun, bayi digalakkan hanya meminum susu ibu sahaja. Makanan-makanan berproses juga tidak digalakkan diberikan kerana ditakuti makanan mengandungi pencemaran. Ingatlah sistem antibodi bayi sangat lemah dan mudah untuk diserang sebarang penyakit.

Apabila usianya mula mencecah setahun ke atas, kita bolehlah memperkenalkan beberapa makanan lain seperti buahan, sayuran lembut dan lain-lain termasuklah madu.


 sebaik-baik makanan untuk bayi adalah susu ibu..tiada yang lebih hebat daripada itu. Sesungguhnya produk Allah jua yg terbaik! Dari segi komposisi karbohidrat, protein, lemak dan lain-lain nutrien dalam susu ibu, ianya sangat bertepatan dengan keperluan seorang bayi samada untuk tumbesaran tubuh dan perkembangan minda.

- respon daripada seorang sahabat saya...dia merupakan doktor pakar bahagian makanan di HUSM Kubang Kerian