Saturday, November 13, 2010

Tempahan Habbatussauda' ke Seluruh Dunia


Anda boleh lah membuat tempahan segera Minyak Habbatussauda' dengan harga yang teramat istimewa seperti di bawah:

30 ml = RM25

50 ml = RM35

sila hubungi saya di talian +967715005954 atau +60132041372 untuk membuat tempahan

insyaAllah saya akan pos sampai di hadapan rumah anda!

Manfaat Habbatussauda'


Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda' …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda' mempertingkatkan daya tahan sakit (immune Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda' ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda':

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

Monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda' berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda' mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda' berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda' didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda' baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda' didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda' menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Hasil Kajian

Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbatus Sauda' telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.

Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteria dan antimikotis dari minyak habbatus Sauda' yang merupakan ubat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para doktor di Mesir dan Cina menggunakannya untuk mengubati segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanker Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbatus Sauda' menurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.

Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbatus Sauda' sebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbatus Sauda' di lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.

Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbatus Sauda yang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.

Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbatus Sauda' antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuan) Amerika juga menguji bahawa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengobatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengubatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, lebih terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Cara Penggunaan:

Boleh disapu dan diminum begitu sahaja / dicampur dengan madu, susu, atau air suam.

Friday, November 12, 2010

Madu Yaman:Tempahan segera



Promosi Madu Asli Yaman untuk dihantar ke seluruh dunia termasuklah Mesir, Syria, Jordan, Malaysia, Saudi, Pakistan, China, Indonesia dan lain-lain..

MADU SIDIR

Pakej sekilo = RM400

Pakej 1/2 kilo = RM200

Pakej 3/4 kilo = RM100

MADU SUMUR

Pakej sekilo = RM 250

Pakej 1/2 kilo = RM 125

Pakej 3/4 kilo = RM 70

Saya menanti panggilan anda untuk membuat tempahan Madu Asli Yaman bermula dari sekarang dan saya akan hantar di hadapan rumah anda melalui pos

Makluman lanjut sila hubungi saya di talian:

+60132041372 @ +967715005954

nantikan kemunculan produk-produk yaman yang lain.

Khasiat Madu Yaman


Apa yang penting madu adalah sebahagian daripada makanan Rasulullah S.A.W..tentu banyak manfaat kalau kita ikut amalan Rasulullah S.A.W


Mari kita meneliti khasiat makanan Nabi S.A.W di bawah


A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH.

1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

c) BAYI/KANAK-KANAK.

1. Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
2. Menyembuh dengan segera cirit-birit.
3. Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
4. Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

D) REMAJA

1.Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan, luar dan dalam.
2.Sumber tenaga yang banyak bagi remaja yang sentiasa aktif (Mental, Fizikal dan Rohani)

E) WANITA

1.Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
2. Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

F) LELAKI

1.Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
2. Menguatkan tenaga batin.

G) PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS)

Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

H) UNTUK SEMUA

1. Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
2.Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
3.Memulihkan penyakit berpanjangan.
4. Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
5. Menyembuhkan penyakit dalam perut.
6.Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
7. Memulihkan batuk dan lelah.
8.Menghindarkan badan letih dan lesu.
9. Kurangkan kesakitan bila datang haid.
10.Baik untuk perempuan bersalin.
11.Membantu/menerangkan pemandangan.
12.Baik untuk mereka yang berpenyakit 'Insomnia' (sukar tidur malam).InsyaAllah setelah mengambil madu sebagai amalan, tidur anda amat nyenyak sekali.

I) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

J) ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang 'penuh kuasa' dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

K) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis 'gagak' yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

L) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah sertamempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.

2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.

3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.

4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)

5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.

7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata. (Campurkan dengan sedikit air)

9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

"MIRACLE ANTIBIOTIK , "SAPULAH MADU YAMAN ASLI
JIKA ANDA...

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Perhatian:

. Jangan disimpan dalam peti sejuk.
. Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
. Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
. Jauhkan dari litar elektrik.
. Kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
. Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit 'kronik' tanpa nasihat pakar.

Muqaddimah

InsyaAllah blog ini dibuat khusus untuk memperkenalkan kepada dunia berkenaan dengan produk-produk yang ada di Yaman khasnya di Ibukota Sana'a..

Selain itu blog ini juga wujud disebabkan kewangan aku tak berapa nak kukuh untuk sambung belajar kat Yaman ni..

So aku terpaksa ikhtiar untuk cari duit sendiri melalui bisness produk Yaman ini memandangkan aku tak dapat biasiswa/pinjaman..

Harap-harapnya Allah akan memurahkan rezekiku melalui blog ini insyaAllah..