Friday, September 20, 2013

21/9/2013 : Rahsia Propolis Drops

Apakah Propolis?

Propolis atau Damar Lebah adalah suatu zat yang dihasilkan oleh lebah. Dikumpulkan oleh lebah dari pucuk daun-daun yang muda dan kemudian dicampur dengan enzim dalam tubuhnya, digunakan untuk menampal dan mensterilkan sarang. Propolis bersifat anti bakteria untuk yang membunuh semua kuman yang masuk ke sarang lebah. Lebah meliputi sarangnya dengan propolis untuk melindungi semua yang ada didalam sarang tersebut dari serangan kuman, virus, atau bakteria. Sifat anti-bakteria semulajadi yang terkandung dalam propolis sangat ampuh dalam membunuh kuman, terbukti dengan penemuan seekor tikus dalam sarang lebah yang telah mati selama 5 tahun dalam keadaan tidak membusuk.

Propolis mengandungi antibiotik semulajadi tanpa toksid. (Natural Antibiotic). Sangat berkesan untuk melawan semua jenis mikrob termasuk bakteria, virus dan kulat. Terbentuk daripada Damar tumbuhan dan campuran minyak essential, Pollen dan rangkaian mineral, asid amino dan bioflavonoids.

Setitis propolis menyamai khasiat 500 biji oren dari segi kandungan flavonoids (Vitamin P). Melawan banyak penyakit dengan mengurangkan kesakitan. Mengawal keseluruhan fungsi badan termasuklah penyerapan zat makanan. Menambah sistem kekebalan terhadap penyakit, selaku antibiotik dengan tiada kesan sampingan serta mengurangkan kepanasan.



"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan bagimu dengan merendahkan diri. Dari perut lebah itu keluar cecair yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)

Lebah akan mengumpulkan komponen dari tumbuhan botanical lalu dicampurkan dengan enzim dari dalam badan lebah untuk membentuk propolis dan sarangnya sebelum menghasilkan komponen lain. Tujuannya ialah untuk memastikan sarangnya tidak dapat dimasuki oleh virus atau bakteria dari persekitaran luar.

Ramai telah mengetahui khasiat madu lebah, royal jelly dan bee pollen yang dihasilkan dari lebah, tetapi ramai yang tidak mengetahui akan kehebatan Propolis atau Damar Lebah yang dikatakan mempunyai keupayaan penyembuhan yang hebat dari madu lebah, bee pollen dan royal jelly kerana terdapat enzim padanya.

* Maka dengan itu, Propolis Active telah diproses secara saintifik dan dibuat menurut piawaian tertinggi untuk dijadikan sebagai satu produk pemakanan kesihatan (Propolis ) yang kaya dengan vitamin, asid amino, organik, mineral dan bioflavonoid yang dipercayai sebagai bahan penyembuh yang paling aktif.
* Propolis mengandungi: 55% resin (hasil kutipan lebah), 30% lilin lebah, 10% minyak aromatik dan 5% debunga.

KAJIAN PAKAR-PAKAR SAINTIS

* Pada tahun 1985 - Kajian di Jepun menyatakan bahawa Propolis telah dapat menyelamatkan berjuta-juta manusia dari pelbagai jenis penyakit di seluruh dunia.
* Sekumpulan 20,000 ekor lebah hanya dapat menghasilkan cuma 20 gm propolis setiap tahun dan tiada alternatif lain yang dapat menandinginya.
* Kajian pada tahun 1968 (Dr. Remy Chauvin) mendapati bahawa segala jenis komponen kutipan lebah digaul dengan enzim, membentuk sarang untuk menyimpan madu, bee pollen dan royal jelly. Propolis dianggap sebagai pelindung amat penting kepada madu lebah, bee pollen dan royal jelly kerana ia (propolis) mempunyai kuasa 100% pembunuhan terhadap bakteria, propolis adalah antibiotik semulajadi yang terbaik berbanding antibiotik yang dicipta oleh manusia.
* Pada tahun 1993 di perhimpunan sedunia, mendapati bahawa Propolis amat selamat dan tiada kesan penggunaan negatif, antibiotik semulajadi, anti anthrax, anti kanser, anti fungus, anti bakteria dan ini telah diiktiraf oleh pakar-pakar kesihatan dan pemakanan sedunia - World Health Organisation (WHO).
* PROPOLIS membantu merawat, menggantikan sel yang telah rosak di dalam struktur badan untuk meningkatkan sistem imunisasi supaya dapat mencapai kesihatan yang optima selain mencegah daripada pelbagai penyakit.





Pesanan Dan Harapan

Bagi pengguna yang beragama Islam, ke atas kami mengimbau, ke bawah kami mengingatkan. Penyakit datang dengan izin Allah, penyembuhan juga datang dengan izin Nya. Kebetulan-nya, penawar dari lebah ini adalah penawar yang telah di janjikan penyembuhan penyakit, (Ah-Nahl: ayat 69). Semestinya, Allah tidak akan memungkiri janji.

Lantas, setiap kali sebelum meminum penawar ini, hendaklah di sertai dengan kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada Allah di sertakan bacaan “Bismillah” dan “ Selawat keatas Nabi-3 kali”. serta berdoa agar “penyakit yang dihidapi…..” di sembuhkan-Nya.

Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya. Insya’Allah.

Namun begitu, perubatan sains moden tidak boleh disisihkan. Sumbangan perubatan moden dalam dunia perubatan amat besar dan kita amat berterima kasih. Tidaklah menjadi pertentangan, menggabungkan perubatan ilmiah dan illahiah sewaktu berubat.


KUASA PENYEMBUHAN AJAIB ANUGERAH DARI ALLAH SWT
KOMBINASI SAINS DAN ALAM SEMULAJADI
RAMAI TELAH TERBUKTI BERJAYA, INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment